aloha..

da lama btol xupdate blog ni.nk wat cmne cuti ni bknnya rajin sgt nk bkak tenet..da la cmpur dgn banjir,seb baek umah ak xnaek air..klu x trpaksa la idup pindah randah..hehehe.

kau akhirnya pergi jua dari ku..

"Woi ade budak baru r!"
"Mane-mane? Hensem tak?" Mata Sara galak meninjau-ninjau di seluruh kantin sekolah untuk mencari budak baru yang dikhabarkan oleh Intan.
"Mane Tan? Aku tak nampak pun"
"Hish perempuan nih…pantang tau! tu ha…yang tengah makan dengan Qairul tu" ujar Intan sambil memuncungkan bibirnya ke arah budak yang dimaksudkan.
"Ermm…mengikut pemerhatian aku, budak ni boleh ‘makan’ nih!" Sara tergelak besar bila dia merasakan budak baru tu macam nerd...je.
"Jom kita serbu diorang nak?"
"Eh, tak nak r aku...segan r..."
"Ek eleh minah ni, sejak bile lak ko tau segan…jom r! tak payah nak jd hipokrit ek…"
"Assalamualaikum…"

Aik! Berbudi bahasa lak pempuan ni tibe-tibe.Intan menggumam dalam hati sambil dok tersengih kat Qairul dan kawan barunye.Boleh tahan gak mamat nih…sopan jer dia makan…ermm…pe r malang sangat nasib ko hari ni ek…terpakse berkenalan dengan si Sara yang tak cukup pempuan nih…adei…

"Wa’alaikumsalam. Hah, ko Sara…Intan. Nak pe?"
"Amboi...kerek lak mamat nih...saje nak tegur ko tak leh?"
"Ermm...macam pelik...jer?"

Qairul menghentikan suapannya dan merenung ke arah Sara. Sara yang terkenal dengan sikap selumbernye merenung kembali ke arah Qairul. Dia, tanpa dipelawa telah melabuhkan punggungnye di atas kerusi berhadapan dengan Qairul. Intan juga terpaksa mengikut Sara walau tebal mukanya menahan malu.

"Ko tak nak kenalkan aku dengan kawan sebelah ko ni?"

Sara mengenyitkan matanya sambil menguntumkan senyuman yang boleh mencairkan hati Qairul. Satu sifat Sara ni, walau agak kasar berbanding pempuan biasa, tapi wajah jawanya tu dihiasi dengan sebuah senyuman yang sangat manis. Ramai yang memuji begitu. Tapi Sara jinak-jinak merpati. Jenis tak makan puji sangat. Kadang-kadang je bila otaknyer kekurangan oksigen, ade r gak dia melayan…

"Oh…dah agak dah…mesti ade something yang cik puteri Sara ni nak sampai sanggup mencemar duli kepada patik pacal yang hina nih…"

Geli hati sungguh Intan melihat aksi Qairul yang berbahasa istana dengan Sara.

"Ko penah tak makan kasut sekolah saiz 7?"

Sara merenung Qairul sambil mempamerkan wajah ketatnye. Saje je nak uji…Wajah Qairul yang berubah kelat membuatkan Sara ingin menghamburkan tawa. Tapi terpaksa ditahan untuk menjaga air muka dihadapan budak baru yang masih belum diketahui namanye.
"Hehehe…rileks r Sara…ok aku kenalkan ni Hisham. Dia baru daftar tadi. Satu kelas dengan aku. Ha, Hisham…ni aku kenalkan Sara dan Intan. Diorang dak kelas Alfa. Amik aliran Sains."

"Ermm…ok."

Aik! Itu jer response mamat nih? Belagak badak tol…dah r baru datang tempat orang…dah berani nak tunjuk taring…ni tak leh jadi…perlu di kasi pelajaran nih…takpe…takpe…ko tunggu je r! Ni Sara r…

"Aduh…bengong aku klu camni hari-hari. Leh bertukar jadi gunung berapi pale aku nih! Awat r banyak beno rumus yang nak kena ingat dalam subjek fizik nih."
"Sabo r Sara oiii…ni r namenyer belajo! Klu nak senang jer...pergi balik rumah...tunggu orang masuk meminang..."
"Haa...best gak cadangan ko tu! Nanti aku suruh r Ibu aku pinangkan mane-mane lelaki hensem dan kaya untuk aku."
"Oit,minachi! Pigi daa…aku kata tunggu orang datang meminang! Bukan suruh ibu ko pergi meminang... "
"Hah,apsal lak? Tak boleh ke? Klu nak tunggu orang datang meminang...masalahnyer ade ke? Hahaha…dengan perangai aku yang tak semenggah ni."
"Ko ni dah betul r pempuan, cume perangai tu jer yang sengal sikit…tapi takpe,perangai tu boleh diubah...Allah dah tetapkan jodoh kita masing-masing kan..."
"Betul!"

Mereka tergelak bersama. Hubungan mereka yang rapat membolehkan mereka bercerita tentang apa saje.

"Eh,pe plak mamat kerek ni buat kat kelas kita ni Tan?"

Mata Sara tepat menikam ke arah Hisham yang duduk tenang di bangku belakang tempat mereka duduk

"Kan hari ni kita ade kelas agame…kita kan gabung dengan dak Beta…sebab tu dia ade kt sini…

Otak Sara ligat berfikir cara untuk membalas dendam kepada Hisham. Berani sungguh ko memalukan aku ek…

"Hai Qairul, ko nampak smart sangat hari ni nape? Nak ngurat Intan ek? Hahaha…"

Kurang asam tol si Sara nih! Aku lak tibe-tibe terkena! Muka si Qairul ni dah cam udang panggang. Sengih-sengih! Huh!

"Sara, minggu lepas kita belajar sampai bab berape ek?"
"Entah,ko tanye r si Intan nih. Aku bab kawin jer ingat!"
"Hish,tak senonoh!

Tibe-tibe terdengar satu suara garau menyampuk! Oh…si kerek ni ade hati nak berbual jugak…ermm…

"Ops! Am I talking to you just now? And by the way, do I know you?"

Hah, amik ko! Sibuk jer…nasib baik ustazah dah masuk, klu tak…aku basuh ko cukup-cukup…

Ek eleh, pe hal r mamat ni dok menyidai kat tepi tangga ni…tengok orang semacam lak tu. Hish, psycho ke ape dia nih! Lepas letak beg, Sara berbual dengan Ogy di koridor kelas. Sempat gak r Sara mengelamun…

"Hai.Tengok ape?" Aril mengambil tempat Ogy disebelah Sara sambil turut memandang Sara.

Ermm…nak jual minyak lg r mamat nih…Aril lebih dikenali sebagai player atau playboy dikalangan rakan-rakan. Aku pun tak paham nape yang dia suke beno nak menempel kat aku. Sekali-sekali kenakan mamat ni best gak nih.

"Malam tadi tido awal ek?"
"Oh, ha’ah. Ngantuk gile, petang semalam ade latihan bola tampar. Nak ape SMS mlm td?" Sara sengaja melayan Aril. Lagipun moodnye pagi ni baik. Intan pun masih belum sampai.

"Takde ape.Saje je.tak boleh ke?"
"Tak kate pun tak boleh...awek ko tak marah ke asyik SMS dengan aku jer…?"
"Awek? Orang mane ade awek r…tak percaye ek…?"

Huh! Wat muke simpati konon…uwekkk…!

"Kite nak kat orang tu, tapi orang tu wat tak layan je kat kite…"

Dia dah mule dah…

"Sape orang tu?" Sara buat-buat tak paham. Padahal dia paham bebeno! Dah kecoh pun yang buaya ni nak test aku! Ceh!

"Dia r…yang selalu tak percaya kat orang. Tak tau takpe r…" Aril wat muke satu sen.
"Woit, dating!" Intan datang selamatkan aku dari mabuk cendawan dengan buaya nih.
"Wa’alaikumsalam cik Intan…weh jom pergi kantin. Aku tak sempat breakfast r tadi."

"Assalamualaikum…hehehe…jom r! Ko ni dah dekat nak assembly baru nak pergi makan r…ermm…saje je r tu nak kena tahan dengan abang pengawas hensem!" Intan tergelak bila melihat wajah Aril berubah sayu mendengar kenyataannya tadi. Memang sesuai beno r korang berdua nih. Sorang buaya…sorang serigala…hehehe…

Malas rasenye nak pergi mesyuarat dan latihan silat petang nih. Penat! Malas nak tunggu bas lagi! Arghhh…!!! Ibu ni r kedekut sangat tak bagi aku amik lesen selagi aku tak habis sekolah!

"tittit…tittit…" Satu SMS diterima.

Aku tak siap lagi ni. Tudung tak bergosok lagi…nanti r aku bace. Tak penting kot…tibe-tibe telefon bimbit pemberian ibu tu bernyanyi lagu V.E. Party Like This. Alah…call r plak…! Sara bergegas mengangkat panggilan tersebut. Takut ibu yang call. Bila dilihat nama pemanggil di skrin…ermm…

"Hello, yes Aril…"jawabku lemah setelah memgetahui si pemanggil.

Akhirnya petang tu aku ke sekolah dengan driver…huhu…Aril bawak keta ayahnyer. Pastu pelawa nak tumpangkan aku. Ermm…macam orang mengantuk disorongkan bantal…layan…kebetulan Aril pun dak silat…hehehe…

Aku tak tau macam mane aku dengan si kerek ni leh jadi kawan. Aku klu boring dok umah sorang-sorang, petang-petang aku lepak kat Perpustakaan sekolah. Qairul slalu gak study kat situ petang-petang. Di mana ade Qairul…kat situ r gak ade dak kerek nih! Macam tak reti berkawan. Membontot jer si Qairul...bile aku borak dengan Qairul…Hisham dok melangak. Walau matanye kat buku…tapi aku tau fikirannye bukan bagi tumpuan pun. Nampak sangat r kan klu dah sejam kitorg borak...sejam tu gak r dia dok ngadap muka surat yang same. Hahaha…Intan r yang mulakan perbualan dengan Hisham. Dari situ r aku pun join the club…ok gak r dia ni…yang selame ni dia tu kerek semacam sebab dia dari sekolah lelaki dan memang tak reti sangat nak berkawan. Parents lak sibuk. Kiranye dia ni dak kekurangan kasih sayang r…kitorang ni kiranya kawan perempuan pertama dia r...terselit r gak rase bangga dalam diri ni…ahaks!

"tittit…tittit…"

Ermm…SMS dari Hisham. Rajin lak mamat ni sekarang SMS and call aku. Aku tak kisah pun. Asal tak mengada-ada...aku layan je…sepanjang kitorang berkawan, aku lebih banyak mengenali dia. Kesian gak r cite hidup dia nih.

"Sara, ko free tak sok petang? Leh tolong ajar BI kat aku?" begitu r bunyi SMS dari Hisham.

"Ermm…aku ok jer…tp ko kena balanje aku ABC r pastu…"
"Ok.xkisah.10 mangkuk ko nak hadap pun boleh! ;)"
"hahaha…melampau! Ni yang wat aku sayang kat ko nih! Hehe…"

Sedar tak sedar masa berlalu begitu pantas. Hari ni aku bangun dari tidur dah 1 Januari 2004. Macam-macam perasaan bercampur-baur dalam diri aku. Tahun ni aku SPM. Seram siot! Belajar dah r main-main jer! Science stream lak tu! Huhu…

Hah, banyaknyer SMS masuk! Tu r malam tadi tuan puteri masuk beradu awal! Adik aku cakap tak rock langsung malam tahun baru tido awal. Alah…aku klu ngantuk mane leh tahan-tahan…ibu selalu pesan, klu dah ngantuk tu tido jer. Jangan nak paksa diri. Sume pun SMS ucapan selamat tahun baru. Wah, yang wat aku teruja ni aku dapat satu SMS dari secret admire nih!

"Slmt Thn Baru Sara. Semoga kamu sentiasa berada dlm rahmat dan keampunan ALLAH s.w.t. amiiin…" – your secret admire

Dup dap dup dap hati aku. Hish…sape r ni…sonoknyer de secret admire…haha…aku cube call, tapi dia tak nak angkat. Ermm…pelik! Tibe-tibe satu SMS masuk. Terkejut aku! Tengah sedap berangan…kurang asam punye hp…

"As’kum.Sara tak perlu lah mengenali siapa saya…saya hanya ingin Sara terus maju dlm hidup. Good Luck 4 ur SPM."

Ala…ni yang tak best nih…dia kenal aku…tapi aku tak kenal dia…aku balas SMS dia dan menyatakan rasa ketidakpuasan hatiku. Tapi dia langsung tak balas. Bile aku cube call, talian tak leh disambung. Pergh…dia terus buang agaknyer sim card dia…Ah, biar r. Aku tak nak rosakkan mood aku di pagi tahun baru nih. Miggu depan aku dah masuk sekolah balik. Ibu nak ajak aku pergi beli barang keperluan sekolah aku. Ibu memang suka wat persediaan awal, supaya tak kelam-kabut nanti.

Tahun ni memang betul-betul mencabar. Kelas dengan homework aku gile banyak! Aku, kerap lepak kat PS tiap petang dengan budak-budak kelas aku dan tak terkecuali Qairul and Hisham. Walau diorang amik akaun, tapi diorang rapat dengan budak-budak kelas aku. Satu petang…

"Sara…orang betul-betul sayang kat Sara. Nape susah sangat Sara nak terima orang? Macam-macam hint dah orang bagi...Sara...could you please stop from being ignorance towards me?! I’m serious. Jangan r percaye gossip yang ntah ape-ape tu…"

Yes! Sape sangka si buaya ni buang tabiat petang tu tibe-tibe luahkan perasaan kat aku...dah kena sampuk agaknyer dak ni. Gilo! Ade hati nak suruh aku percaya kat dia...dah terang-terang ko tu buaya! Kawan-kawan aku pun tak galakkan aku layan dak ni. Tapi diorang percaye aku pandai jaga diri. Aku pun nampak sendiri perangai buaya dia nih. Ko ingat aku senang-senang nak percaya kat ko? Mintak maap je r ek...huh!

"Aril...ko ni dah kenape? Kan aku dah kata, aku cume leh kawan jer dengan ko. Ko tau tak pe situasi kite sekarang? Tahun ni kite nak SPM tau. Jangan semakkan pale dengan benda-benda remeh ni leh tak?"
"Orang tau...tapi orang takut kehilangan Sara..." tu je r modal ko, wat muke satu sen...sepak kang baru tau!
"Sudah-sudah, aku tak nak dengar benda-benda nonsense ni lagi. Aku tak lari ke mane pun. Tapi klu ko terus camni...aku janji akan lari jauh-jauh dari ko! Nak?!" Sara terpaksa mengugut sebab si Aril ni dah tak leh bawak berlembut.
" Ok.ok. Orang dah tak cakap lagi pasal ni. Tapi Sara janji jangan hilangkan diri and tolong r bagi peluang kat orang ek. Klu bukan sekarang, lepas SPM. Leh ek?" rayu Aril dengan penuh mengharap. Dasar buaya! Lembut gigi dari lidah! Huh!
"Ermm…tengok r nanti camne. Takdir hidup kite dah tertulis di Loh Mahfuz. Pasangan hidup kita pun dah ditentukan. Dan peribadinya bergantung pada peribadi kita sendiri. Ingat tu. Jangan nak turutkan perasaan sangat." Sara menepuk bahu Aril dan berlalu ke arah Intan yang berteriak memanggilnya untuk balik bersama.

Hisham makin rapat dengan aku. Aku ade terdengar gossip yang dia ni ade hati kat aku. Tapi since dia tak kata ape-ape, aku pun tak nak andaikan ape-ape. Aku wat biase jer. Dia selalu call aku and bercerita macam-macam. Mengutuk dah memang selalu. Sampai satu hari kitorang gaduh dan masing-masing ego dan tak nak mengalah. Hubungan kitorang jadi dingin. Sebulan lepas tu Hisham couple dengan dak kelas Tassawur. Aku kenal dak tu. Tapi tak rapat r. Ermm…bagus r, dia dah pandai sekarang berkawan dengan perempuan.

Aril lak cam biase jer aku tengok. Tapi sengal dia tu tak ilang gak. Dia tetap nak cube memenangi hati aku. Lantak ko r! Ape-ape jadi ko tanggung r sendiri. Dalam hati aku ni takde sape-sape. Cume kadang-kadang aku teringat secret admire aku tu. Sampai sekarang aku tak tau sape dia. Aku tak nak terlalu memikirkan tentang dia. Takut aku hanyut atau ntah-ntah kawan aku saje nak prank aku. Bukan leh percaye sangat diorang nih!

Huh…SPM lagi sebulan. Cikgu-cikgu aku mule menggelabah nak wat kelas tambahan and nak bincang soalan yang mungkin keluar. Otak aku dah sendat rasenye ni. Klu leh aku nak transfer dulu sume maklumat kat pale ni dalam pendrive and isi yang baru. Huhu...

Pagi tu lepas assembly, Qairul and Hisham tahan aku mase aku nak panjat tangga naik kelas aku. Hish, bebulu tol aku tengok perangai monyet 2 orang nih! Leh lak tahan-tahan aku.

"Weh Sara, ko nak tau satu cite tak? Semalam kan…kawan baik ko mati kena langgar…cian beb…pale dia pecah…isk..isk.."
"Sape kawan aku?" aku dah menyinga kat diorng ni. Aku tau diorang saje nak main-mainkan aku. Siap gelak-gelak sambil tekan perut lagi…memang nak makan penerajang aku ni sat lagi. Si Hisham jawab.
"Kawn baik ko r monyet! Hahaha…"
"Setan…korang r monyet!!!" dua-dua kena breakfast penumbuk aku pagi tu. Rasekan korang! Wat rosak mood aku jer!

Tiga hari lepas kejadian tu…diorang masuk kelas aku untuk subjek Agama. Minggu ni minggu akhir kitorang belajo. Nyampah aku tengok muka sekor-sekor! Abis kelas diorang datang kat aku. Aku wat sibuk dengan nota aku. Malas nak layan. Tibe-tibe Hisham bersuara.

"Sara, aku ade benda nak cakap ni. Ko nak dengar tak?"
"Aku tengok muka diorang sepintas lalu. Hisham wat muka serious. Tapi aku tak nak tertipu lagi dengan sandiwara diorang. Aku amik langkah selamat dengan mendiamkan diri.

"Takpe r Sara klu ko tak nak dengar." Hisham bersuara lagi. Lepas tu diorang pun blah.

"Ko gaduh dengan diorang ke Sara?" tanya Intan.

Pelik! Sebab Sara hanya akan diam bila dia betul-betul bengang. Intan dapat rasa ade yang tak kena kat kawannye ni.

"Diorang yang cari pasal dulu. Nasib r!" Sara geram dipermainkan oleh mereka.

Tahun ni SPM jatuh dalam bulan Ramadhan. Aku rase lebih tenang sebab berada dalam bulan yang mulia ni.

Lagi seminggu nak exam. Huh! Makin berdebar rasanye. Pagi tu lepas sahur aku kemas rumah dulu sebelum bersiap nak pergi sekolah. Tibe-tibe telefon rumah berbunyi. Hish! Sape r plak call pagi-pagi ni.

"Hello…"
"Sara, ko tau tak yang Hisham meninggal?"
"Hah? Ko jangan main-main Ema!"
"Betul r…aku dah anto SMS kat ko kan…cube ko tengok…"

Perasaan aku jadi tak keruan. Aku harap Ema hanya berbohong. Aku bergegas mencari hp aku kat bawah bantal. Ya ALLAH, betul…Ema ade anto SMS. Aku call Ema balik.

"Ema, betul ke ni? Camne leh jadi camni? Tipu r!" tangan aku dah menggigil dan suara aku dah sebak.
"Sabar Sara, betul...malam tadi dia eksiden mase nak pergi kelas tuisyen dengan abang dia. Diorang naik moto. Bertembung dengan lori. Hisham pembonceng. Pale dia pecah sebab dia tercampak and tak pakai topi keledar dengan betul."
"Ya ALLAH…Hisham…!!!"

Aku dah lembik. Aku dah mule nangis. Aku cube call Qairul. Tapi talian sibuk. Aku call Aril sebab rumah Hisham dekat dengan ruamah Aril. Aku harap Aril akan menafikan berita ni.

"Betul Sara, orang pun baru tau. Hisham dah meninggal..."

Innalillahiwainaillahirrojiun...Ya ALLAH...air mata aku dah bercucuran di hening subuh tu. Ibu mendapatkan aku dan minta aku bersabar.

Pagi tu aku tak pergi sekolah. Aku dengan Intan pergi menziarah ke rumah Hisham. Ramai kawan-kawan yang dah ade kat situ. Aku rase kaki aku sangat lemah untuk melangkah. Aku masih berharap yang sume ni hanya mimpi.

Jenazah Hisham belum sampai. Disebabkan kecederaan teruk yang dialaminya, jenazahnya telah diuruskan oleh pihak hospital. Abang Hisham hanya patah kaki. Aku cuba sedaya upaya untuk tak menangis. Aku membaca surah Yasin berulang kali untuk menenangkan hati.

Sejam kemudian, jenazah Hisham sampai di rumah. Nafas aku serasa makin sesak. Orang terlalu ramai. Aku tak dapat melihat jenazah Hisham buat kali terakhir. Sebenarnya aku pun tak sanggup untuk menatap wajahnya yang dikatakan telah hancur dan berjahit di mana-mana.

Saat jenazahnya diangkat untuk dibawa ke kubur…air mataku tak dapat dibendung lagi. Aku menangis semahunya di situ. Aku tak sanggup melihat jenazahnya dibawa pergi. Adik Hisham datang kepadaku dan memeluk aku erat. Aku sangat-sangat lemah waktu itu. Kami sama-sama merasai kehilangan.

Ya ALLAH, sesungguhnya janjiMu pasti. Setiap yang hidup pasti akan mati. Begini rasanya kehilangan orang yang rapat dengan kita. Hisham, aku mohon maaf atas semua keterlanjuran kata dan perbuatanku. Aku benar-benar terkilan kerana tak dengar ape yang dia nak cakap kat aku hari tu. Aku lebih terasa sebab dia bagi tanda yang dia akan meniggalkan aku melalui gurauannya tentang monyet tu! Ya ALLAH…menyesalnye aku…Maafkan aku Hisham…Maafkan aku…

"Sebenarnye selama ni dia suka kat ko Sara. Awek dia pun cakap camtu. Dalam hati Hisham ade ko Sara."
"Ape yang ko cakap ni Qairul? Hisham tak pernah cakap ape-ape pun kat aku r!" Sara gelisah mendengarkan bicara Qairul.
"Betul. Abang dia pun tau. Dia pernah curi gambar dari dompet ko kan? Dia letak gambar tu kat meja belajo. Sampai r ko berkeras nak balik gambar tu. Ko pempuan pertama yang rapat dengan dia selain keluarganya. Sayangnya kasihnya tak terucap pada ko." Ucap Qairul dengan tenang.

Aku dah tak sanggup mendengar sume ni lagi. Bahu Intan di sebelah ku menjadi tempat aku menghamburkan piluku. Aku yang terkenal dengan keras hati dan sukar menitiskan air mata tibe-tibe jadi terlalu lemah mendengar kenyataan ni. Sungguh aku kejam. Sungguh aku buta dalam menilai kasih sayang.

Kenapa aku hanya tahu semua ni selepas semuanya dah terlambat? Mungkin aku bukan pempuan yang ditakdirkan untukmu. Tak layak untuk menjadi bidadarimu. Seminggu aku tidur bertemankan gambar-gambar kenangan aku dan Hisham.

"Aku tak pernah amik gambar dengan perempuan. Inilah pertama kali."

Terngiang-ngiang ucapan Hisham saat aku menatap gambar pertama yang kami rakam bersama itu untuk kesekian kalinya. Di kala ini jua, lagu ‘Kau Pergi Jua’ nyanyian Kamikaze berkumandang di corong radio. Gugur lagi air mataku...

Malam kian melangkah pergi
Masih aku sendiri termenung dalam sepi
Dalam kelam hadir bayangmu
Bagai mengundang mimpi
Saat kau dan aku
Sayangnya kau tiada di sisiku

Masih terbayang segalanya
Bagaikan semuanya mimpi belaka
Hilang tak mungkin kan kembali
Merubah yang tersurat dalam hidupmu
Kau pergi tak kembali selamanya

Walau berkali ku tangisi
Tak mungkin kau kan kembali
Ku tak berdaya mengharungi sendiri
Tanpamu hidupku tak bererti
Hari berlalu kau kian jauh di alam abadi
Di pusaramu

Hanya doa yang ku iringkan
Dalam hiba aku tangiskan
Hilang tiada pengganti
Permata yang berharga dalam hidupku

Segalanya datang dan pergi
Ku tahu sukar bagiku
Menelan kenyataan
Takdir telah tertulis untuk dirimu

Hari kian silih berganti
Masih aku sendiri termangu dalam sepi
Dalam kepekatan malamku
Ku lihat lambaianmu dari syurgawi
Memanggilku

dear my wife...

Demi cinta manusia sanggup melakukan apa sahaja. Manusia sanggup memperhambakan dirinya demi cinta. Malah ada yang sanggup bergadai nyawa, maruah dan harga diri. Kerana cinta juga wujudnya dongengan kisah Laila dan Majnun, Romeo dan Juliet. Disebabkan cinta juga terbinanya Taj Mahal. Begitu juga dengan aku. Walaupun kisah cinta aku tidak sehebat kisah cinta Laila dan Majnun tetapi aku rasa aku sudah melakukan yang terbaik demi untuk mempertahankan cinta aku ini.
Demi cinta aku telah siapkan satu daerah yang paling sunyi dalam hati aku ini untuk orang yang amat aku sayang. Aku mahu dia menjadi wanita mulia. Wanita yang tahu harga diri. Wanita yang tahu menjaga maruah suami. Ah betapa agungnya cinta aku ini.

" Abang…tengok cincin tu. Cantik kan?" Renggek Nina, isteriku.
Aku hanya tersenyum. Melihat cincin itu sekali lalu kerana aku tahu aku tidak mampu membelinya. Di dalam hati aku rasa terkilan juga kerana tidak dapat memenuhi kemahuan isteriku ini. Aku menyalahkan diri aku yang berpendapatan kecil. Pendapatan aku cukup-cukup untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga.
" Abang….bila abang nak beli cincin kat Nina? Sejak kita kahwin abang tak pernah beli emas kat Nina." Nina sudah menunjukkan wajah manjanya membuatkan hati aku jadi lemah. Ah aku sering lemah dengan pujukan isteriku ini. Kalau boleh aku mahu penuhi setiap permintaannya. Aku tak kisah kalau aku sengket asalkan isteri aku bahagia.
" Gaji bulan depan abang belikan ye." Itu janji aku. Dan selalunya janji itu aku akan kotakan. Aku rela mengikat perut ke kerja demi untuk mendapatkan cincin mahal itu. Aku rela bekerja lebih masa demi memenuhi keperluan isteriku itu. Ya semuanya aku lakukan demi untuk menjayakan cintaku pada Nina.
" Ah..abang ni..asyik-asyik bulan depan. Nina nak sekarang! Susahlah kahwin dengan lelaki sengket ni!" Kata Nina di hadapan tauke kedai emas. Tanpa memperdulikan maruah aku sebagai seorang suami. Tanpa ada rasa bersalah Nina terus berlalu meninggalkan aku.
Nyata aku terlopong mendengarkan luahan luhur dari Nina. Isteri yang dimanjai selama ini sudah pandai mengeluarkan keladak hatinya. Aku tatap sayu pada batang tubuh yang sudah pun menghilang. Hatiku mula meraung pedih.

" Lewat Nina pulang?" Tanya aku pada Nina. Ketika itu jam sudah pun menunjukkan pukul 12 tengah malam. Wajah Nina kelihatan selamba sahaja. Langsung tiada riak bersalah.
" Nina buat overtime." Kata Nina langsung tidak memandang pada wajahku.
" Abang pun buat overtime juga. Tapi tak de la balik selambat Nina." Kataku masih belum berpuas hati dengan jawapan Nina itu.
" Nina buat overtime. Nak cari duit lebih. Kalau harapkan gaji abang kebulur kita sekeluarga ni!"
Itulah ayat yang menghiris hati lelakiku. Perasaanku tenggelam timbul menahan hiba. Rasa sedih menyentak sanubariku. Kenapa begitu cepat cintaku diuji?
" Boleh tak Nina jaga hati abang sedikit?" Nasihatku dalam keluh-kesah.
Nina hanya menjuihkan bibir. Kata-kataku langsung tidak memberi kesan pada dirinya.
" I’ts a fact right? Abang tak mampu nak sediakan apa yang Nina nak. Apa salahnya kalau Nina usahakan sendiri" Luah Nina tanpa ada rasa bersalah.
Alangkah angkuhnya suara itu. Inilah pertama kali aku melihat rupa sebenar isteriku ini. Isteri yang aku puja siang dan malam. Dada aku jadi semakin sebak. Namun aku masih menyabarkan hati.
Tiba-tiba aku rasa pening. Dunia aku seperti berputar. Wajah Zainal yang berada di hadapanku jadi berbalam-balam. Dan sekelip mata pandangan aku jadi kelam.
" Wan..Wan…bangun Wan."
Aku dikejutkan dengan satu suara. Itu suara Zainal. Tapi kenapa Zainal yang mengejutkan aku. Ke mana isteriku? Dan di mana aku sekarang? Aku buka mataku.
Aku lihat Zainal sedang memerhatikan aku. Wajahnya risau sekali. Di tangannya ada semangkuk air. Pasti digunakan untuk mencurahkan ke mukaku. Ku tebarkan pandangan ke sekeliling. Ada beberapa orang rakan sekerjaku juga sedang memerhatikanku.
" Kau pengsang tadi." Kata Zainal.
Aku terus memicit-micit dahi aku yang masih terasa pening. Badan aku masih lemah. Aku tahu aku perlukan rehat.
" Kau ni kerja kuat sangat. Mana tak pengsang. Cubalah bawa-bawa berehat." Nasihat Zainal.
Memang benar kata-kata Zainal itu. Tapi aku tidak peduli. Walauapapun terjadi aku perlu berusaha bersunguh-sungguh demi untuk merealisasikan kehendak isteriku itu. Itu bukti cintaku pada Nina.
" Abang pengsan tadi kat tempat kerja." Kata aku pada Nina demi meraih perhatian isteriku itu. Sudah lama aku tidak bermanja dengan Nina. Aku rindukan gelak ketawanya. Aku rindukan keletahnya yang manja itu.
" OOo..ye ke?" Kata Nina tanpa reaksi. Nina kelihatan sibuk berdandan di hadapan cermin. Langsung tidak peduli padaku yang masih mengharapkan perhatiannya itu.
Aku masih cuba menyabarkan hatiku. Segala prasangka buruk dilemparkan jauh-jauh. Mana mungkin isteriku itu sudah hilang kasihnya padaku sedangkan bertahun kami menjalinkan cinta bersama. Cuma aku perlu bersabar.
" Nina nak ke mana?" Tanyaku tanpa memperdulikan perasaanku yang sudah tercalar ini.
" Nina nak keluar makan dengan kawan-kawan Nina." Kata Nina yang sudahpun mencapai tas tangannya. Nina kelihatan sungguh cantik sekali malam ini. Skrit paras lutut menampakkan betisnya yang panjang itu. Aku jadi cemburu melihatkan pakaian Nina itu. Mengapa Nina sanggup mempamerkan sesuatu yang sepatutnya hanya untuk tatapan aku seorang sahaja?
" Habis tu abang nak makan apa?" Tanya aku seperti orang bodoh.
Nina mengeluh. Jelas kelihatan rasa tidak puas hati dengan pertanyaanku itu.
" Pergilah buat sendiri. Selama ini pandai je abang masak sendiri. Mengada-ngada pula." Bebel Nina.
Perlukah aku bersabar lagi sedangkan hingga saat ini hati ini terus-terusan dilukai. Aku sendiri sudah kalah untuk menyakinkan perasaanku ini. Malah terus kalah untuk mendamaikan perasaanku. Nina sudah tidak memperdulikanku. Atau Nina memang sengaja tidak mahu memperdulikanku. Betapa sukarnya untuk aku harungi apa yang telah terjadi ini.
" Semalam aku nampak bini kau." Kata Zainal terangak-agak.
" Kau nampak dia kat mana?" Tanyaku yang sedang sibuk mengira perbelanjaan pada bulan hadapan. Kalau dicampur dengan duit kerja lebih masa dan ditambah dengan duit simpanan sebanyak dua ratus, dapatlah aku membeli cincin pujaan isteriku itu. Di dalam hati aku sudah tersenyum. Aku sudah mula membayangkan reaksi isteriku kelak. Pasti Nina akan memelukku dan menciumku dengan penuh kasih tanda penghargaannya atas hadiah yang diperolehinya itu.
" Aku nampak dia dengan mamat Mat Salleh mana tah. Siap berpeluk-peluk sakan lagi." Kata Zainal takut-takut. Mungkin mahu menjaga hatiku saat ini.
Tersirap darah aku mendengarnya. Benarkah apa yang aku dengar ini? Atau hanya pelanduk dua serupa?
" Ahhh mengarutlah. Isteri aku tak kan buat kerja macam tu." Kata aku yakin sekali.
Prinsipku tidak akan percaya selagi aku tidak melihatnya dengan mataku sendiri. Lagipun aku percaya dengan cinta kami. Kasih sayang yang dicurahkan tidak berbelah bahagi dan tiada alasan untuk isteriku curang padaku. Aku yakin sekai.
" Nina..tengoklah apa yang abang belikan." Kataku sambil mencium pipi isteriku. Hati lelaki aku mula bergelora. Aku sudah lama rindukan belaian manja daripada isteriku.
" Ni apasal gatal semacam ni?" Marah Nina tanpa sedikit pun berpaling memandangku.
Aku berasa jauh hati. Tersingkir dalam hidup isteriku. Nyata isteriku sudah banyak perubahan. Perubahan mendadak yang tidak pernah ku jangkakan.
Namun aku cuba tersenyum. Memujuk hatiku yang lara. Mungkin rajuk isteriku masih belum hilang. Tetapi aku percaya wajah muncung isteriku aku akan kembali tersenyum apabila disuakan sesuatu yang cukup diidamkannya selama ini.
Segera aku keluarkan bekas cincin yang sememangnya ada di dalam kocek seluarku lalu aku suakan kepada isteriku. Nina terus mencapainya. Wajahnya selamba sahaja.
" Suka tak?" Tanyaku sambil memerhatikan reaksinya.
Nina hanya mendiamkan diri sambil membelek cincin yang kini sudah berada di jari manisnya. Kemudian dia menjuihkan mulut. Lalu meletakkan kembali cincin itu di dalam bekas tersebut.
" Ala ini design lama. Nina dah beli pun." Ujar Nina sambil menunjukkan cincin yang sama design dengan cincin yang aku belikan untuknya.
Aku hanya mampu menahan perasaan. Sangkaku, kami sudah mengecapi kebahagian yang sebenar. Ternyata aku makin keliru dalam menafsir setiap perubahan sikap isteriku itu.
" Habis tu abang nak buat apa dengan cincin ni?" Tanyaku seperti orang bodoh. Kejutan demi kejutan dalam hidupku ini membuatkan aku tidak mampu lagi untuk berfikir secara waras. Hatiku terus digigit dengan pertanyaan, siapakah yang menghadiahkan cincin buat isteriku ini kerana aku tahu isteriku tidak mampu untuk membelinya sendiri. Namun aku hanya membiarkan pertanyaanku itu bermain di mindaku sahaja. Tidak disuakan.
" Abang juallah. Lagipun Nina tahu abang bukannya ada duit sangat nak belikan cincin semahal ini." Kata Nina angkuh sekali.
Duniaku seakan terbalik saat ini. Segala mahligai khayalanku musnah tatkala telingaku menangkap bait-bait kata dari isteri kesayanganku ini. Hatiku lumat digilis perasaan sedih tidak terperi. Adakah ini kenyataan yang terhampar?
" Abang…. Tolonglah…. Nina tak bersalah." Nina merayu dan terus menangis.
Aku terkaku bagaikan orang yang sudah hilang arah. Sukar untuk mempercayai kenyataan yang melanda hidupku.
Kalau diikutkan hati mahu sahaja aku menjerit tentang ketidakadilan yang berlaku dalam hidupku ini. Namun begitu, aku tahu aku harus kuat.
" Nina diperangkap. Nina tak tahu beg yang Joshua hadiahkan itu ada dadah. Sumpah Nina tak tahu. Tolonglah abang."
Mataku tepat memandang pada wajah sendu isteriku itu. Hatiku pedih merintih. Terasa diri ini dikhianati. Tidak berbaloi rasanya pada pengorbanan yang telah aku buat selama ini. Nina tidak pernah tahu menghargainya.
Aku alihkan pandangan pada pengawai penjara yang setia menanti. Mungkin dia juga sepertiku sedang menimbangkan keputusan sama ada untuk mempercayai setiap kata-kata isteriku atau tidak.
Bayangan duka itu kembali menerpa di ingatanku. Betapa luluhnya perasaanku saat polis memberitahu Nina ditahan kerana didapati membawa dadah dan jika disabitkan kesalahan isteri kesayanganku ini akan dihukum gantung. Dadaku bagaikan mahu pecah mendengarkan kata-kata keramat dari pihak polis itu. Hinggakan saat ini masih lagi tergiang-giang suara itu di telingaku.
" Siapa Joshua itu?" Tanyaku masih mahu tahu kebenaran sebenar. Selama ini aku sering mendengar cerita-cerita dari kawan pejabatku tentang gerak-geri Nina yang seolah-olah sedang menduakan diriku.
Nina hanya membisu. Nyata isteriku ini masih tidak berani membentangkan kenyataan yang sebenar.
" Nina…tolonglah cerita pada abang. Abang nak tahu." Kataku tegas sekali.
Nina mengeluh. Nyata keluhannya itu lemah sekali.
" Dia teman lelaki Nina. Percayalah abang, Nina bersama dengannya hanya kerana mahu dapatkan kemewahan tetapi hanya abang yang Nina sayang. Tak sangka dia sanggup perangkap Nina begini."
Adakah Nina sudah hilang pertimbangan hanya kerana mengejarkan kemewahan duniawi. Aku mula rasa jijik pada isteri yang selama ini aku agungkan.
Aku mengeluh lagi. Ah itu sahaja yang mampu aku lakukan. Mengeluh dan mengeluh lagi. Tidak ada lain. Sedangkan apa yang terkepung di dada ini terlalu payah untuk aku singkirkan dalam kehidupanku. Bagaimana mahu aku lupakan kenangan kasih yang berlambak dengan isteriku ini?
Aku tatap lama wajah Nina. Mungkin kali ini adalah kali terakhir aku melihat wajah ini. Hatiku dihujani sebak dan hiba. Mampukah aku menghadapi kisah pahit ini setelah kehilangan isteri kesayangan kelak?
Aku menghela nafas dalam-dalam. Walau payah aku terpaksa hadapinya. Aku redha walaupun hatiku terluka.
" Abang akan sediakan peguam yang terbaik untuk Nina. Insyaalah kalau Nina tidak bersalah Allah akan tolong tunjukkan kebenaran itu."
Wajah Nina berubah ceria. Aku tahu hanya itu yang Nina harapkan daripadaku. Dan dia tahu hanya aku yang dapat membantunya saat susah begini. Kekasihnya Joshua sudah hilang entah ke mana.
Tanpa segan silu Nina memegang kedua telapak tanganku. Lalu diciumnya lama. Aku jadi meluat dengan tindakannya itu. Betapa hinanya wanita itu dihadapanku kini.
Dengan perlahan aku menarik tanganku yang masih digenggamannya. Aku harap Nina faham dengan tindakanku ini. Aku mahu membuat keputusan yang terbaik untuk diriku.
Aku lihat mata Nina sudah bergenang dengan tindakanku itu. Tindakan yang langsung tidak dijangkakan itu.
Aku bangun meninggalkan Nina yang masih keliru. Selamat tinggal isteriku. Selamat tinggal cinta. Aku terus melangkah. Tidak sesekali aku akan membiarkan hatiku memandang ke belakang lagi.

nasib hidup ku..

arini ak dpt 1 berita yg amat mengecewakan ak..hukhuk.hmm..xnk la ak cite psl ni wat ak makin sedih..=( walaupun chealsea menang n top of table tp sume 2 xde pape makna pn..kdng2 ak rasa idup dh xde arah tujuan.rasa mcm kosong jew kehidupan ak di depan.xde maknanya lg ak nk tulis psl ni..makin ak sedih ade la..=(

taman astakona



Slideshow


pelajaran arini...

Some girl may dream that one day she will find a guy that
does these things for her. Even the smallest action can have the
BIGGEST impact in someones life. I'm just passing this on for fun.
• give her one of your t-shirts to sleep in.
• leave her cute text notes.
• kiss her in front of your friends.
• tell her she looks beautiful.
• look into her eyes when you talk to her.
• let her mess with your hair.
• touch her hair.
• just walk around with her.
• FORGIVE her for her MISTAKES.
• look at her like she's the only girl you see.
• tickle her even when she says stop.
• hold her hand when you're around your friends.
• be the one to take her hand, don't make her reach for you
• be the one to call her, don't make her always call you
• when she starts swearing at you, tell her you love her.
• let her fall asleep in your arms.
• get her mad, then kiss her.
• tease her and let her tease you back.
• stay up all night with her when she's sick.
• watch her favorite movie with her.
• kiss her forehead.
• give her the world.
• write her letters.
• let her wear your clothes.
• when she's sad, hang out with her.
• let her know she's important.
• let her take all the photos she wants of you.
• kiss her in the pouring rain.
• when you fall in love with her, tell her.
• and when you tell her, love her like you've never loved someone before.

once upon a time..

arini 24 oktober 2008, ari jumaat n ari last kuliah..huhuhu.tp msh ada keje yg xsetel lg..nk kene anta report lak arini..pas2 mnggu dpan ada lg keje analisis,lecterur igt dorg bg keje byk2 ni dorg dpt naek gaji ke??xde la..dorg sje je nk mem"bz"kn student mcm ak..=(

final presentation...

arrggghh..arini ak br jew abis presnt digit. kira ok la berjaya gak ak presnet biar pon ayat ak byk campur english dgn bahasa melayu..hehehe. naseb baek la pn tasiran jenis xksah, kalo dirman mmg konpem kene markah rendah..hahaha.
ak igt dh abis dah present ni, xtau lak esk ada lg present comm..huhuhu. tensennya ak rasa..=( kesian kt naseb ak ni..rasa mcm nk brenti blaja jew kt uthm ni.

1st priority...

"Iqa, mari sini sekejap!" Warghh! Apa lagi yang Along nak ni? Dengan langkah
yang malas, aku menuju ke dapur. "Nah! Tolong hantar puding ni pada Mak cik Sofiah." Along menghulurkanku sepiring puding jagung yang sudah siap dipotong. "Eh, kenapa Iqa pula? Kenapa Along tak pergi sendiri?" Aku membantah. "Along nak jaga gulai ni. Takkanlah rumah sebelah pun, susah sangat nak pergi? Bukan apa pun. Keluar rumah, masuk halaman rumah diorang, beri salam…" "Ha! Yalah tu! Tak payahlah Along nak ajar Iqa tusemua. Iqa dah tau pun!" Aku mencapai piring berwarna hijau itu pantas. 'Ya, Allah! Mudah-mudahan bukan setan tu yang buka!" Doaku dalam hati. "Assalamualaikum!" Dan seraya itu, aku mengetuk pintu tersebut 3 kali. "Wa'alaikumussalam!" Dan apa yang kufikir benar-benar berlaku. Wajah Azhar muncul di muka pintu. Aku menarik muka masam. Kenapalah budak ni rajin sangat nak buka pintu?

"Oh, engkau rupanya!" Azhar tersengih. Matanya memandang piring berisi puding jagung di tanganku. "Hantar kuih ke?" Soal Azhar tersengih. "Ya! Nah!" Piring itu kuhulurkan kasar. Azhar tidak segera menyambutnya. "Sebelum aku ambil, aku nak tanya dulu. Kuih ni siapa yang buat? Kau ke?" "Kalau aku, kenapa?" Soalku membalas.
Azhar tersengih. "Kalau kau, tentu rasanya tawar. Koman-koman pun, bila makan, boleh patah gigi!" Warghh!! Ikut hati mau saja aku sumbat mulut celupar tu denan puding-puding ni. Kalau campur piring ni sekali, lagi bagus! "Bukan akulah! Kakak aku!" Aku menjawab penuh geram. "Oh, kakak kau…" Azhar mencapai piring itu perlahan."Terima kasih ya. Nanti kalau kakak kau buat lagi,hantarlah lagi, ya? Tapi jangan kau yang hantar, nanti tak pasal-pasal aku termuntah!" Sambung Azhar. Aku tersenyum sinis. "Kalau kakak aku buat lagi, nantilah aku suruh dia hantar bahagian yang dah hangus. Ataupun, hantar kuih yang dah basi, baru kau boleh termuntah!" Jawabku geram. "Sebelum aku terlupa, kirim salam dengan emak kau, cakap pada dia, lain kali ajar sikit anak dia ni!" Aku berlalu. Puas hati aku! "Siapa yang ambil tadi?" Soal Along sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam rumah. "Entah hantu mana agaknya tu!" Jawabku acuh tak acuh. "Oo… tentu Azhar kan?" Teka Along tersenyum. "Siapa lagi? Dialah satu-satunya setan di rumah sebelah tu!" "Kamu ni tak sudah-sudah bergaduh. Pantang berjumpa, ada saja nak ditekakkan. Cubalah berbaik, Iqa. Tak bagus asyik
bermasam muka begitu!" Along menasihatkanku. "Malas!" Along menggelengkan kepalanya beberapa kali. "Entahlah apa nak jadi dengan kamu ni, Iqa! Macam anjing dengan kucing!" Keluh Along.

* * *
Aku mempercepatkan langkahku. Hatiku tambah berdebar. Sewaktu aku menoleh ke belakang, lelaki gila itu masih mengekoriku. "Hoi! Tunggu aku! Apasal kau lari, ha?" Alamak! Orang gila tu dah lari! Apa aku nak buat ni? Takkan nak berlari pecut dalam kain sekolah begini? Karang tak pasal-pasal jatuh, tentu haru! "Wargh!!!" Langkahku mati. Aku betul-betul terkejut dan hampir saja aku terjatuh. Celaka kau hantu! "Hai!" Azhar tersengih memandangku. "Kalau nak lari, laju-lajulah sikit. tu ha, orang gila tu dah makin dekat dengan kau!" Sengihan Azhar semakin melebar. "Berambuslah kau!" Aku mencemik. Aku menoleh ke belakang, orang gila yang masih mengajarku tadi semakin menghampiri kami berdua. "Nak tumpang?" Azhar mempelawa sinis. Aku menelan air liur. Argh!!! Hari ni ego aku kalah. Mau tak mau, aku terpaksa membonceng motosikal Azhar. Kalau aku tumpang dia, selamatlah aku dari orang gila tu. Lagi pula, cepat sikit sampai. "Berat kau, ya? Susah nak kawal!" Suara Azhar dalam perjalanan. Aku Cuma diam. Cakaplah apa kau nak cakap sekalipun! "Kau makan apa, ha? Apasal rasa berat semacam je ni? Makan batu ke?" Azhar membuat muka penat. "Alahai… banyaklah muka penat kau tu! Bukannya nak mengayuh pun! Lagipun, okey saja motor ni. Tak nampak macam ada masalah pun." Balasku geram. "Amboi… Melawan dia! Kau ingat sikit, kau tu menumpang, buatlah cara orang menumpang!" "Eh, tolong sikit! Kan tadi kau yang ajak aku! Aku pun bukannya nak sangat naik motor buruk kau ni!" Hatiku mula panas. "Sedapnya mulut mengata motor aku! Eleh, kalau aku tak tumpangkan kau, entah-entah kau dah kena bawa lari orang gila tu!" Motor Azhar semakin meluncur laju. "Hei, perlahanlah sikit! Kan dah sampai kawasan perumahan ni!" Aku menggigit bibir. "Kenapa, takut?" Motor Azhar semakin laju. "Kau ni gila ke? Perlahankan sikit!" Aku menjerit. Dadaku berdebar kencang. Dari jauh kelihatan bumbung rumahku yang berwarna biru. "Hei, berhentilah!" Aku menepuk belakang Azhar apabila dia sudah melepasi rumahku. "Eh, apasal tak boleh berhenti ni?" Azhar mula cemas. "Hei, pijaklah brek tu!" Aku memekik. Tiang lampu yang berada di depan jalan semakin kami hampiri. "Azhar!" Aku memekik lagi. Kali ini lebih kuat. "Izma, lompat!" Jerit Azhar. Dan… buk! Aku dan Azhar tercampak di tepi jalan manakala motor Azhar merempuh tiang lampu itu. Adoilah! Apasal sakit sangat kaki aku ni? "Hoi! Apa ni!" Aku menolak badan Azhar yang menindih kakiku. Azhar bangun perlahan. "Habislah motor aku!" Azhar menarik motornya. Aku cuba berdiri namun gagal. Sakit di kakiku tidak dapat ditahan lagi. "Hei, takkan tengok je? Tolonglah aku!" Aku memekik pada Azhar. "Humang aih! Aku lupa plak kat kau ni. Okey ke?" Cepat-cepat Azhar menghampiriku. "Okey kepala hotak kau! Bawak motor macam pelesit! Nasib baik aku sempat lompat tadi, kalau tak, dah jadi arwah!" Aku melepaskan geram. "Yelah tu… Aku jugalah yang salah!" Azhar menghulurkan tangannya. "Mari sini aku papah kau!" "Hei, pelan-pelanlah sikit! Kaki aku ni sakit tau! Tadi tu, bukan main sedap saja kau landing atas kaki aku!" Cemuhku lagi. "Izma, kau ni kalau tak ber 'hei-hei' dengan aku tak boleh ke? Aku ada nama tau! Sedap pula tu!" Azhar menarik tanganku. "Suka hati akulah!" "Eh, karang aku tinggalkan kau di sini, baru padan muka! Merangkaklah kau masuk dalam rumah!" Ugut Azhar. Aku mencemik. "Ini semua pasal kau juga!" "Kaki kau tu, kalau luka, balut! Kalau patah, simen! Kalau dah tak berguna, potong saja! Habis cerita!" Kata Azhar sebelum keluar dari rumahku. Amboi, lancangnya mulut dia! Sedap je suruh aku potong kaki aku ni. Sedangkan semua ni dia punya pasal. Kaki aku sakit, hati aku sakit. Dia tak sakit apa-apa pun. Ee….. geramnya!

* * *
"Oi, dah okey ke kaki kau tu?" "Apa kau sibuk?" Aku tidak memperdulikan pertanyaan
Azhar. Sikit pun aku tak memandang wajahnya. Aku terus menyiram pokok-pokok bunga di sekeliling laman rumahku itu. "Sombong nak mampus!" Aku mengelap mukaku yang basah disiram air. Kurang ajar! Lesap sudah budak seekor ni! Geramnya aku! Aku membasuh kembali mukaku yang terasa licin itu. Apa taknya, ada ke patut muka aku yang lawa ni Azhar siram guna air basuhan kereta bapa dia! Tunggulah kau, kau keluar kejap lagi, kenalah kau! Aku memutar paip hingga ke paras maksimum. Ha, aku dah agak, dia memang keluar balik. Dari pintu rumah utama Azhar, aku ternampak ada bayang-bayang tubuh yang menuju ke luar rumah. Okey… Hos sudah kuacukan ke tempat yang sepatutnya. Tunggu dia keluar dulu… Dan, itu dia! Yeihaa!!!!! Air yang membuak keluar dari muncung hos itu kutujukan ke arah Azhar. Basah lecun dia! Em… macam ada yang tak kena saja ni! Pantas aku menurunkan kembali hos itu. Cepat-cepat aku memutar kembali kepala paip itu untuk memberhentikan airnya dari terus mengalir. Peluhku meleleh keluar. "Em.. maafkan sa.. saya, pak cik! Sa.. saya ingatkan Azhar tadi!" Tanganku terasa bergegar. Pak cik Johan memandangku tajam tanpa berkata sepatah pun. Habis rambut, baju dan surat khabar ditangannya basah. "Tapi, tak apalah kan pak cik? Lagipun, hari dah petang ni. Lepas ni, pak cik tak payah mandi. Tukar baju saja. Kalau pak cik nak mandi pun, mandilah supaya segar sikit. Ha, lepas tu bolehlah pak cik terus pergi surau!" Aku pura-pura tersenyum. Sebaik saja aku habis berkata-kata, aku terus meluru masuk ke dalam rumah. Perlahan-lahan pintu ku tutup.
Nasib baik pak cik Johan tak cakap apa-apa. Kalau tak… adoilah. Lagilah haru!

* * *

Tok! Tok! Tok! "Woi! Bangunlah! Pukul berapa dah ni, ha?" Suara garau Angah memecah keheningan pagi. Tanganku meraba-raba mencari jam locengku. Alamak! Pagi apa? Dah dekat tengah hari dah ni! "Bangunlah! Mentang-mentanglah tak sembahyang, dia membuta sampai tengah hari pula!" Angah bersuara lagi. Ee… mengalahkan mak nenek pula abang aku seekor ni! Ada-ada saja yang tak kena! "Oi, dah bangun ke masih beradu cik puteri kita ni?" Soal Angah dari luar. "Sudahlah!" Aku memekik geram. Perlahan-lahan aku berdiri. Aku menarik langsir bilikku. Cahaya matahari yang sudah terik berebut-rebut memasuki ruang bilikku. Aku mengeliat malas sambil menguap panjang. "Wargh! Ha! Ha! Ha!" Aku terkejut. Cepat-cepat aku mencari suara orang yang ketawa tadi. "Woit! Baru bangun ke? Matahari dah tegak atas kepala ni!" Azhar ketawa lagi. Sengaja dia menarik langsir biliknya luas-luas. Sial! Dengan cepat aku menarik balik langsir tadi untuk menutupnya. Macam manalah aku boleh lupa yang bilik aku dengan bilik Azhar bertentangan? Dengan pakaian tidur dan rambut kusut-masai ni dia nampak aku, mana aku nak letak muka nanti? Malulah woi! "Izma oh Izma! Tidur balik ke? Tak baik tau anak dara bangun lewat!" Celaka kau Azhar! Tu mesti masih duduk depan tingkap memerhati aku tu! Cis kau! Setelah siap mandi dan mengemaskan diri, aku keluar dari bilik dan terus melangkah menuju ke dapur. Nak
buat apa lagi? Melantaklah! "Ehem! Awalnya bangun!" Sindir Achik. Aku Cuma menjeling. Aku mencapai cawan kemudian mula membancuh air milo. "Ntahlah apa nak jadi dengan kau ni, Iqa. Orang dah nak masak makanan tengah hari, kau pula, baru sibuk nak cari sarapan!" Along yang sedang memotong sayur bersuara. "Kerja kau dalam rumah ni, makan, tidur, makan, tidur sajalah kan?" Angah muncul tiba-tiba. Ah! Mulalah muka-muka penyibuk ni nak berceramah! Ni yang buat aku rimas ni! "Aik, nak ke mana pula tu?" Angah mendepakan tangannya menghalang aku keluar dari dapur. "Eh, jangan sibuklah!" Marahku geram. "Pergilah tolong kakak-kakak kau tu memasak! Ini tidak, makan saja kau tahu!" "Habis, Angah tu?" Balasku. "Angah ni lelakilah, bodoh! Kau tu perempuan! Dah besar panjang pula tu." Jawab Angah. "Apa beza lelaki dengan perempuan? Kan kita sama-sama manusia?" "Eh, menjawab pula dia! Makin kurang ajar kau nampaknya, ya?" Angah mengecilkan matanya. "Ngah, kau ni kalau sehari tak kacau Iqa tak senang ke?" Emak muncul. Tu dia, heroin dah datang. Aku tersengih. "Tulah mak ni! Terlampau manjakan sangat budak ni!" Achik menjelingku. "Eleh, cemburu le tu!" Aku mencemik. Aku kemudian berlalu ke ruang tamu, Untung juga jadi anak bongsu ni kan? Hehee..

* * *
"Ala Ngah… Tolonglah Iqa kali ni saja!" Aku menarik-narik tangan Angah. "Ah, sudah! Tak usah nak mengada-ngada. Angah nak pergi kerja ni, mana ada masa nak hantar kau pergi sekolah!" Aku menarik tangannya kasar. "Tolonglah Angah… Mana ada lagi bas waktu ni!" Angah mencemik bibirnya. "Tulah, suka sangat bangun lambat! Kan dah tak sempat naik bas!" "Angah… Iqa dah lambat ni, tolonglah hantar. Kalau Angah nak membebel, nantilah malam karang ke.." Aku merayu. "Ha, masuklah cepat!" Suara Angah akhirnya. Aku tersenyum. Cepat-cepat aku membuka pintu kereta Angah. "Amboi amboi… Kau ingat aku ni driver kau ke, ha?" Eleh, cerewet! Aku menutup kembali pintu itu lalu membuka pintu di bahagian hadapan. Kupandang wajah Angah yang masam mencuka. Perlahan-lahan kereta Angah bergerak keluar dari kawasan halaman rumah. Sepanjang perjalanan, Angah hanya mendiamkan diri. Marah aku le agaknya tu! "Terima kasih ye.." Aku menutup pintu kereta itu cermat. "Nanti leas kau balik sekolah, jangan lupa singgah kedai jam." Angah menjeling. "Kedai jam? Buat apa?" Tanyaku hairan. "Beli jam loceng. Kalau kau tak ada duit, kau pandai-pandailah minta dari kengkawan kau." Dan kereta Angah meluncur laju meninggalkan kawasan perkarangan sekolah. Aku mengetap bibir. Aku mengatur langkah menuju ke kelasku. Sewaktu aku hampir dengan kelasku, aku dapat mendengar suara seorang guru lelaki. Tapi, kenapa suara tu macam aku kenal saja? "Assalamualaikum." Aku memberi salam penuh hormat. "Wa'alaikumussalam. Ha, masuk!" Aku melangkah masuk tanpa memandang guru yang mengajar. Setahu aku, sekarang ni waktu Cikgu Rokiah,kenapa guru lain pula yang mengajar? Ala, guru baru kot! "Izma Mizqa! Kenapa tak hormatkan saya, ha? Sudahlah datang lewat, langsung tak pandang muka saya!" Langkahku terhenti. Apa kena pula dengan guru ni? Perlahan-lahan aku menoleh ke depan. Aku terpegun seketika. Eh… guru baru ke? Kacaknya… Tapi, apasal dia pakai baju seragam sekolah? Ceh! Kurang asam kau Azhar! Tertipu lagi aku untuk kesekian kalinya! Azhar yang berada di ahdapan kelas sedang menekan-nekan perut menahan ketawa. Macam manalah aku tak perasaan? Menyesal pula aku cakap kacak tadi.
Fikir dua kali, kacak apa? Macam beruk adalah! "Hei, Azhar! Cikgu datang!" Azam yang duduk di sebelah tingkap memekik. Kelam-kabut Azhar berlari mendapatkan tempat duduknya. Yang besembang cepat-cepat menutup cerita. Ha… tu dia.. Guru
'terbesar' dah datang! "Semua berdiri!" Israf bersuara lantang. "Assalamualaikum semua." Ucap Cikgu Rokiah. Salam dijawab serentak. Cikgu Rokiah sudah memulakan pengajaran. Aku cuba untuk memberi perhatian yang sepenuhnya. "Iqa!" Maria yang duduk disebelahku mencuit lenganku. Aku memandang malas. "Ada apa?" "Azhar suruh tunggu dia kalau kau nak balik nanti." Maria berkata. "Balik? Balik mana pula ni?" Soalku hairan. "Balik rumahlah…" "Eh, buat apa pula aku kena tunggu dia?" Maria hanya mengangkat bahunya. Aku memandang Azhar yang berada selang 4 meja dariku. Azhar tersengih. Ntahlah dia tu! Gila agaknya.

Aku menguap panjang. Sekejap lagi sampailah aku kat perhentian bas ni. Waa! Ngantuknya! Cepatlah kaki oi.. Aku dah letih sangat ni… "Izma!" Aku kenal betul siapa yang memanggil aku tu. Dalam dunia ni, dia seorang saja yang panggil aku guna nama tu. Sengaja aku tak menoleh. Malas nak layan! Ah… aku melepaskan keluhan sebaik saja melabuhkan punggung di kerusi perhentian bas itu. Tidak berapa lama kemudian, tempat sebelahku diduduki Azhar. "Apasal kau tak tunggu aku, ha?" Tanya Azhar.
"Suka hati akulah! Buat apa nak tunggu kau? Buang masa!" Aku mencebik bibir.
"Eh, tak baik tau kau cakap macam tu. Kecik hati aku…" Azhar menunjukkan muka sedih. "Kau tau, pasal kaulah aku terpaksa naik bas hari ni." "Kenapa pula pasal aku?" "Kan hari tu kau dah rosakkan motor aku. Sekarang ni, di bengkellah! Kalau hari tu aku tak tumpangkan kau, tentu motor aku tak rosak!" "Amboi, sedapnya mulut salahkan orang! Kau tu sendiri yang tak reti bawak motor!" Balasku geram. Belum pun sempat Azhar menjawab, aku berdiri apabila melihat bas ekspres berwarna biru muda itu sudah sampai. Tak kuasa aku nak layan orang gila macam dia ni! Aku memilih tempat duduk paling belakang. Dalam perjalanan nanti, boleh juga aku tidur sekejap. "Aku
duduk sini, ya?" Azhar duduk di sebelahku. Aku mengeluh. "Tak ada tempat lain ke kau nak duduk, ha?" "Eh, bas ni kau punya ke? Suka hati akulah nak duduk di mana sekalipun." Jawab Azhar menyindir. Argh!! Aku membuang pandangan ke luar tingkap. Bas mula bergerak menuju ke destinasi. Angin yang menampar-nampar wajahku membuat aku semakin mengantuk. "Izma, bangun! Kita dah sampai ni!" Aku terasa bahuku digoncang. Aku mencelikkan mataku. Waa! Macam mana aku boleh tertidur atas riba Azhar ni? Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku membuat muka selamba walhal aku tau mukaku sudah merah padam. Perlahan-lahan aku berdiri. "Best ke tidur atas paha aku tadi?" Soal Azhar ketika aku melangkah turun dari tangga bas. "Taik kau!" Aku memandang tempat lain. "Nasib baik tak keluar air liur basi, kalau tak, nak kena rendam seluar aku ni. Mau 2 minggu agaknya baru hilang bau!" Aku menelan air liur. Mukaku terasa begitu panas sekali. "Janganlah marah cik adik oi… Makin buruk muka!" Azhar tersengih lagi. "Huh!" Cepat-cepat aku beredar masuk ke dalam rumah. Namun telingaku masih dapat menangkap suara tawa Azhar yang semakin kuat. Celaka kau!

* * *

Punggungku terasa panas. Apalagi hati aku sekarang ni. Aku memandang Azhar yang sedang bergurau senda dengan Nurul dan Amelia. Ada kalanya mereka ketawa mesra membuat hatiku bertambah tidak menentu. "Aik, tak senang duduk nampak?" Maria menepuk bahuku perlahan. Aku sekadar tersenyum. Sesekali mataku melirik ke arah Azhar dan dua orang rakannya itu. "Oh, ya! Sebelum aku terlupa, Ikhwan kirim salam pada kau." Kata Maria kemudian. "Waalaikumussalam." Jawabku perlahan. "Kau tak nak jumpa dia ke?" Maria memandangku. "Kenapa pula?" Aku hairan. "Dia bertugas diperpustakaan hari ni. Kalau kau nak jumpa dia, boleh kita pura-pura pinjam buku." Maria
mengenyitkan matanya. Aku tersenyum. "Boleh juga. Mari temankan aku!" Sengaja aku menguatkan suara gara dapat memancaing perhatian Azhar. Aku berdiri. "Maria, cepat sikit! Karang waktu rehat habis, melepas pula kita!" Aku memandang Azhar sekilas. Nyata telahanku benar. Azhar memandangku. Perbualannya dengan Nurul dan Amelia turut terhenti. Maria tersenyum. Mungkin dia sudah tahu niatku sebenarnya. "Maria, korang nak pergi mana?" Aku dapat dengar suara Azhar yang separuh berbisik. "Buat apa kau sibuk!" Jawab maria. Baru kau tahu! Aku mengorak langkah menuju ke perpustakaan. Daripada aku tengok kemesraan Azhar dengan Nurul dan Amelia, lebih baik aku jumpa Ikhwan. Sekurang-kurangnya, tak menyakitkan hati. "Ha, Iqa. Nak pinjam buku?" Tegur Ikhwan sebaik sahaja aku sampai di kaunter perpustakaan. Aku tersenyum seraya meletakkan buku yang kupinjam minggu lalu di atas kaunter. "Saya tak nak pinjam buku hari ni. Nak pulangkan balik. Takut kalau lewat, kena denda pula." "Kalau Iqa, mana saya nak denda." Ikhwan tersengih sambil tangannya mencapai kedua-dua buah buku yang baru kuletakkan tadi. "Ehem, aku pun nak kembalikan buku juga!" Aku terdengar suara di belakangku. Wajah Ikhwan berubah masam. Kupandang wajah Azhar hairan. Dia ni, memang nak ke sini atau mengekori aku?

"Ikhwan, kau tak nak pergi kantin ke?" Soal Maria tiba-tiba. "Nak juga, kenapa?" Soal Ikhwan kembali. "Tinggalkanlah kaunter ni dulu. Suruh saja si Azhar ni ganti. Marilah ikut aku dan Iqa pergi kantin sekejap." Pelawa Maria sambil menjelingku. "Ha Azhar, tolong jaga sekejap ya? Lagipun, kau tu pustakawan juga!" Melopong mulut Azhar memandang Maria. Aku sekadar tersenyum. Melebih-lebih pula budak Maria ni! Aku datang sini sekadar suka-suka saja, yang dia nampak bersemangat betul nak pasangkan aku dengan Ikhwan ni, kenapa? "Aku tak ada masalah." Ikhwan melangkah keluar dari kawasan kaunter. "Jom Iqa!" Maria menarik tanganku membawa aku berjalan seiring dengan dia dan Ikhwan. Kakiku melangkah namun sempat juga aku menoleh
memandang Azhar. Azhar masih berdiri di sisi kaunter. Aku jadi serba salah. Tentu Azhar kecil hati. Ah, tak kisahlah! Bukan ke dia yang sakitkan hati aku dulu? "Hei, melamun ke? Tak sedar dah sampai kantin!" Maria mencuit lenganku. Aku menjeling Maria geram. Ikhwan tersenyum memandangku. Menyesal aku ikut cakap si Maria ni.
Nyesal!

* * *

"Along dah kena risik!"
Ha? Mataku membulat memandang Angah. "Eh, biar betul?" Angah tersengih. "Bulan depan kita nak buat majlis pertunangan Along." "Angah cakap betul-betullah!" Aku mencubit lengan Angah kuat. "Orang cakap betullah ni!" Angah memuncungkan mulutnya sambil mengusapusap lengannya yang merah tadi. "Siapa?" Tanyaku berbisik. Angah memandang sekeliling. Kemudian Angah merapatkan mulutnya ke telingaku. "Orang sebelah!" "Ha?" Aku menelan air liur. "Eh, mana boleh!" Aku memekik. Angah terkejut melihat reaksiku. "Kenapa pula ni?" "Dia tu masih bersekolah! Lagipun, kan Along lebih tua dari dia! Tak sesuai!" Aku membentak kuat. Wajah Angah berubah. Kemudian dia tersenyum. "Jadi, apa masalahnya? Bukan ke Siti Khadijah tu jauh lebih tua dari nabi?" "Tak boleh! Iqa kata tak sesuai! Takkan Along nak kahwin dengan budak sekolah! Lagipun dia tu baru enam rendah. Belum kerja lagi. Macam mana dia nak menampung perbelanjaan mereka nanti?" Aku terus membentak. Kalau Azhar yang
Along pilih, aku tidak boleh berdiam. Kenapa harus dirampas hak aku? "Tapi, dia tak kisah. Lepas STPM nanti, boleh dia cari kerja. Buat sementara ni, bertunang sajalah!" Angah tersenyum lagi. "Yang kau marah sangat kenapa? Kau suka dia ke?" Sebaik saja Angah menghabiskan kata-katanya, aku segera meluru masuk ke bilik. Dum! Pintu itu kuhempas kuat. Biar Angah tau yang aku benar-benar marah. Aku benar-benar hairan. Kenapa Along yang Azhar pilih? Dan kenapa Along terima Azhar? Takkan Along tak tahu yang aku dan Azhar rapat? "Iqa!" Aku dapat mendengar suara Angah dari luar pintu bilikku. "Tak baik begitu. Kan Along tu kakak Iqa juga?" Aku diam. cuma esakanku saja yang kedengaran.

* * *

Along kelihatan begitu ayu dengan pakaian kebaya berwarna kuning langsat itu. Sebentar lagi majlis pertunangan Along akan bermula. Aku melangkah masuk ke bilikku. Malas aku dengan keadaan sebegini. Daripada sakit hati, lebih baik aku berkurang dalam bilik.
"Iqa! Kenapa berkurung ni? Majlis dan nak bermula ni!" Dapat kudengar suara Achik. "Keluar! Jangan nak buat hal lagi!' Arghh!! Aku melangkah keluar dari bilikku dalam keterpaksaan. "Hei, janganlah masam muka lagi. Kan hari ni Along nak bertunang!" Angah menarik rambutku perlahan. Segera aku menepis tangan Angah. Aku keluar ke halaman rumah. Biarlah aku tidak dapat melihat Along dan bakal tunangnya itu. "Ehem, sorang saja ke?" Aku menoleh. Ah, muka kau lagi? Tak puas lagi ke kau nak menyakitkan hati aku, ha? "Kenapa kau tak masuk dalam? Kan dah nak mula tu?" Soalku tanpa memandang wajahnya. "Patutnya aku tanya soalan ni pada kau!" "Suka hati akulah!" Aku menjawab malas. "Aku pun, suka hati aku juga!" Azhar membalas sinis. Aku memandang Azhar geram. "Kau ni nak bertunang ke tidak? Kalau nak, pergilah masuk!" "Eh, buat apa aku nak bertunang?" Berubah riak muka Azhar. Aku menggigit bibir. "Kau nak mainkan kakak aku ke?" "Mainkan apa pula? Bukan akulah yang nak bertunang dengan kakak kau!" Aku tercengang seketika. "Habis tu? Siapa lagi kalau bukan kau?" "Kan aku ada abang? Kau dah lupa? Abang aku kan baru keluar dari UIA." Kata-kata Azhar membuat mukaku merona merah. "Hari tu, abang kau ada cerita. Bila kau tau yang kakak kau nak bertunang, kau ingatkan dia nak bertunang dengan aku. Abang kau kata, punyalah kau marah waktu tu!" "Eh, bila pula? Tolong sikit ya?" "Eleh, mengaku sajalah yang kau tu sukakan aku…" "Minta maaf sajalah! Aku tak pernah pun sukakan kau!" Aku memandang tempat lain untuk melindungi mukaku yang sudah bertukar merah. "Tak payahlah kau nak menipu aku, Izma. Jangan risaulah, aku pun suka kau juga. Esok-esok aku suruhlah mak aku pinang kau!" Azhar bersuara selamba tanpa memandangku. "Pinanglah… Aku tak akan terima!" "Sebab apa?" "Sebab aku tak suka kau!" Kataku sebelum berlalu masuk ke dalam rumah. Ala, mulut cakap tak suka, walhal dalam hati melonjak-lonjak gembira!

ini ada 1 cerita..

Ade ar st budak skola nie men cinta2..besa ar..aku pon ade gak...kehkeh..argh,lupekn..meh sni aku start cite..gurl nie ade ar pakwe yg good-looking,bdk mewah gak ar..gurl nie pon same cun ja..hehe..dowank mmg loving kapel...
*Almost everyday dowank jumpa..sweet kan..boy nie klu jumpe gurl tue,dia akn bwk bear kecit die bg kt awek die..cmbest je...mule2 kita suke ar.tp lelame mst bosan ek..dh pnoh st blik bear je malaikat pon xmoo msk ar..hehe..boy nie pon satu,bg je bear,borak kjp,ckp i love u pon x,syg awk pon x,bg bear,blah je..cm ciken ek..awek die pon tension ar..ceit...
*Arinie besday gurl tue..boy tue leh xwish plak..adus,rase mcm ape je..dh ar owank kite syg x wish,sdey ek..sbr jela..awek die majok ar..sminggu gak...tp ari2 bear smpi kt die..ceh,pujok nyer taktik...kwn die ar tlonk pass kan..lame2,gurl tue pon maafkn die..
*Boy tue ajk ar die kuar weekend..bajet nk pujok la...cmbest je ek...naek bas la..bdk2 skola mane ade g date naek keta..awek die pon tunggu ar kt bastop tepI jln..cun...xlame pastue,boy tue dtg..ensem!!!heehe..tp slack,boy tue g bwk bear yg lg bsr..bikin maluk ja..awek die dh ar frust ari2 dpt bear,tp pakwe die xckp i love u pon..arinie g bwk lg bsr plak...adus,nk ltk muke kt mane pon tatau..owank dh pandang je...
*Boy tue ngan muke slumber g bg gurl tue bear..gurl tue dh ar tgh baran je..ape lg,gurl tue cmpak ar bear tue tgh jln..boy tue tergamam siot..xsgka awek die wat mcm tue..die ckp kt awek die"awk xsuke ke bear yg sy bg tue?"xke suklan budus die bg..ape lg,awek die pon ckp ar ngan kuat"awk nie ari2 bg sy bear..sy dh bosan..awk xprnh ckp awk syg sy,awk just bg bear je..besday sy awk x wish..arinie nk kuar pon awk bwk bear..sy bosan..sy benci awk!!!!"..awek die br bajet nk bla dr stu..tp,die xjd coz boy tue g jln nk kutip bear tue...
*Kowank maybe xnmpk,tp aku nmpk..boy tue nanges siot..tp xla emo..mase die tunduk nk amek bear tue die nanges sket..terkilan awek die wat mcm tue..tibe2 gurl tue jerit.."Awak,ketepi wak...bas dtg wak..awk ke tepi..nnt awk kene lang...."BOOOM!!!!dh kene langgar.."gar",tue je ayt yg smpt gurl tue ckp..mase tue,rase terkasima siot..boy tue kene langgar ngan bas..terduduk awek die kt tnh..tibe2 die menjerit.."AWAK!!!jgn tinggalkn saya!!!"....tp ape leh wat,kene langgar bas,on the spot mati kn..owank ramai dh kerumun bwk boy tue g tepi jln..dgn perlahn gurl tue bgn,amek bear tue..ade ksn percikan drh sket..die g tepi jln kt owank ltk pakwe die,smbl pgg bear tue.."wak,maafkn sy wak..bgn la..sy syg awak..jgn tngalkn saya..tolong,jgn wat saya tkt.."boy tue mane la bg respon,dh kiok lor..ambulan bwk ar boy tue g ospital bdh siasat..hehe..
*Family gurl tue bwk blk bdk tue dr ospital..die alami shock jap..trauma...xdpt trime kenyataan pakwe die dh mati..smbl pgg bear tue,die pon msk blik..dlm blik,pnoh kt st sudut bear yg pakwe die bg..die kuarkn sume...nanges2..chuhmels2 ja bear tue..die kire sume bear yg ade termasuk yg bsr..kowank nk tau ade brape..ade 360..ape mksd klu 360 bear..mksdnye,dh genap st thn dowank kapel..kire arinie nk g selebret anniversary ar,tp end with tragic..no komen..awek die plok bear yg bsr tue kuat2..tibe2,dgr bunyi "I LOVE U"..hahah..mane die dgr sore tue..rase cm knl..tue sore pkwe die tue..die tkn lg skalie bear tue..rupe2nye,bear tue yg bunyi...die tkn sume bear yg kecit tue..sume bear ckp "I LOVE U"..boy tue rekod,tp awek die xtau slame nie..pergh,rase menyesal seumur idop..ape yg dpt gurl tue wat,nanges...
*Lame2 die dpt trime kenyataan..wat mase nie,xde sape yg dpt replace tmpt boy tue..die akn bace yassin or al-quran agr roh boy tue dicucuri rahmat...amin...

~ape yg aku cube smpikn kt sni ialah APPRICIATE UR LOVE..DO NOT LET UR TEARS OUT WITH DA STUPID MISTAKES..
* klu dpt teady ke,pape jela,tkn2 dlu ek,tkt die ckp i love u..hehe..