dear my wife...

Demi cinta manusia sanggup melakukan apa sahaja. Manusia sanggup memperhambakan dirinya demi cinta. Malah ada yang sanggup bergadai nyawa, maruah dan harga diri. Kerana cinta juga wujudnya dongengan kisah Laila dan Majnun, Romeo dan Juliet. Disebabkan cinta juga terbinanya Taj Mahal. Begitu juga dengan aku. Walaupun kisah cinta aku tidak sehebat kisah cinta Laila dan Majnun tetapi aku rasa aku sudah melakukan yang terbaik demi untuk mempertahankan cinta aku ini.
Demi cinta aku telah siapkan satu daerah yang paling sunyi dalam hati aku ini untuk orang yang amat aku sayang. Aku mahu dia menjadi wanita mulia. Wanita yang tahu harga diri. Wanita yang tahu menjaga maruah suami. Ah betapa agungnya cinta aku ini.

" Abang…tengok cincin tu. Cantik kan?" Renggek Nina, isteriku.
Aku hanya tersenyum. Melihat cincin itu sekali lalu kerana aku tahu aku tidak mampu membelinya. Di dalam hati aku rasa terkilan juga kerana tidak dapat memenuhi kemahuan isteriku ini. Aku menyalahkan diri aku yang berpendapatan kecil. Pendapatan aku cukup-cukup untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga.
" Abang….bila abang nak beli cincin kat Nina? Sejak kita kahwin abang tak pernah beli emas kat Nina." Nina sudah menunjukkan wajah manjanya membuatkan hati aku jadi lemah. Ah aku sering lemah dengan pujukan isteriku ini. Kalau boleh aku mahu penuhi setiap permintaannya. Aku tak kisah kalau aku sengket asalkan isteri aku bahagia.
" Gaji bulan depan abang belikan ye." Itu janji aku. Dan selalunya janji itu aku akan kotakan. Aku rela mengikat perut ke kerja demi untuk mendapatkan cincin mahal itu. Aku rela bekerja lebih masa demi memenuhi keperluan isteriku itu. Ya semuanya aku lakukan demi untuk menjayakan cintaku pada Nina.
" Ah..abang ni..asyik-asyik bulan depan. Nina nak sekarang! Susahlah kahwin dengan lelaki sengket ni!" Kata Nina di hadapan tauke kedai emas. Tanpa memperdulikan maruah aku sebagai seorang suami. Tanpa ada rasa bersalah Nina terus berlalu meninggalkan aku.
Nyata aku terlopong mendengarkan luahan luhur dari Nina. Isteri yang dimanjai selama ini sudah pandai mengeluarkan keladak hatinya. Aku tatap sayu pada batang tubuh yang sudah pun menghilang. Hatiku mula meraung pedih.

" Lewat Nina pulang?" Tanya aku pada Nina. Ketika itu jam sudah pun menunjukkan pukul 12 tengah malam. Wajah Nina kelihatan selamba sahaja. Langsung tiada riak bersalah.
" Nina buat overtime." Kata Nina langsung tidak memandang pada wajahku.
" Abang pun buat overtime juga. Tapi tak de la balik selambat Nina." Kataku masih belum berpuas hati dengan jawapan Nina itu.
" Nina buat overtime. Nak cari duit lebih. Kalau harapkan gaji abang kebulur kita sekeluarga ni!"
Itulah ayat yang menghiris hati lelakiku. Perasaanku tenggelam timbul menahan hiba. Rasa sedih menyentak sanubariku. Kenapa begitu cepat cintaku diuji?
" Boleh tak Nina jaga hati abang sedikit?" Nasihatku dalam keluh-kesah.
Nina hanya menjuihkan bibir. Kata-kataku langsung tidak memberi kesan pada dirinya.
" I’ts a fact right? Abang tak mampu nak sediakan apa yang Nina nak. Apa salahnya kalau Nina usahakan sendiri" Luah Nina tanpa ada rasa bersalah.
Alangkah angkuhnya suara itu. Inilah pertama kali aku melihat rupa sebenar isteriku ini. Isteri yang aku puja siang dan malam. Dada aku jadi semakin sebak. Namun aku masih menyabarkan hati.
Tiba-tiba aku rasa pening. Dunia aku seperti berputar. Wajah Zainal yang berada di hadapanku jadi berbalam-balam. Dan sekelip mata pandangan aku jadi kelam.
" Wan..Wan…bangun Wan."
Aku dikejutkan dengan satu suara. Itu suara Zainal. Tapi kenapa Zainal yang mengejutkan aku. Ke mana isteriku? Dan di mana aku sekarang? Aku buka mataku.
Aku lihat Zainal sedang memerhatikan aku. Wajahnya risau sekali. Di tangannya ada semangkuk air. Pasti digunakan untuk mencurahkan ke mukaku. Ku tebarkan pandangan ke sekeliling. Ada beberapa orang rakan sekerjaku juga sedang memerhatikanku.
" Kau pengsang tadi." Kata Zainal.
Aku terus memicit-micit dahi aku yang masih terasa pening. Badan aku masih lemah. Aku tahu aku perlukan rehat.
" Kau ni kerja kuat sangat. Mana tak pengsang. Cubalah bawa-bawa berehat." Nasihat Zainal.
Memang benar kata-kata Zainal itu. Tapi aku tidak peduli. Walauapapun terjadi aku perlu berusaha bersunguh-sungguh demi untuk merealisasikan kehendak isteriku itu. Itu bukti cintaku pada Nina.
" Abang pengsan tadi kat tempat kerja." Kata aku pada Nina demi meraih perhatian isteriku itu. Sudah lama aku tidak bermanja dengan Nina. Aku rindukan gelak ketawanya. Aku rindukan keletahnya yang manja itu.
" OOo..ye ke?" Kata Nina tanpa reaksi. Nina kelihatan sibuk berdandan di hadapan cermin. Langsung tidak peduli padaku yang masih mengharapkan perhatiannya itu.
Aku masih cuba menyabarkan hatiku. Segala prasangka buruk dilemparkan jauh-jauh. Mana mungkin isteriku itu sudah hilang kasihnya padaku sedangkan bertahun kami menjalinkan cinta bersama. Cuma aku perlu bersabar.
" Nina nak ke mana?" Tanyaku tanpa memperdulikan perasaanku yang sudah tercalar ini.
" Nina nak keluar makan dengan kawan-kawan Nina." Kata Nina yang sudahpun mencapai tas tangannya. Nina kelihatan sungguh cantik sekali malam ini. Skrit paras lutut menampakkan betisnya yang panjang itu. Aku jadi cemburu melihatkan pakaian Nina itu. Mengapa Nina sanggup mempamerkan sesuatu yang sepatutnya hanya untuk tatapan aku seorang sahaja?
" Habis tu abang nak makan apa?" Tanya aku seperti orang bodoh.
Nina mengeluh. Jelas kelihatan rasa tidak puas hati dengan pertanyaanku itu.
" Pergilah buat sendiri. Selama ini pandai je abang masak sendiri. Mengada-ngada pula." Bebel Nina.
Perlukah aku bersabar lagi sedangkan hingga saat ini hati ini terus-terusan dilukai. Aku sendiri sudah kalah untuk menyakinkan perasaanku ini. Malah terus kalah untuk mendamaikan perasaanku. Nina sudah tidak memperdulikanku. Atau Nina memang sengaja tidak mahu memperdulikanku. Betapa sukarnya untuk aku harungi apa yang telah terjadi ini.
" Semalam aku nampak bini kau." Kata Zainal terangak-agak.
" Kau nampak dia kat mana?" Tanyaku yang sedang sibuk mengira perbelanjaan pada bulan hadapan. Kalau dicampur dengan duit kerja lebih masa dan ditambah dengan duit simpanan sebanyak dua ratus, dapatlah aku membeli cincin pujaan isteriku itu. Di dalam hati aku sudah tersenyum. Aku sudah mula membayangkan reaksi isteriku kelak. Pasti Nina akan memelukku dan menciumku dengan penuh kasih tanda penghargaannya atas hadiah yang diperolehinya itu.
" Aku nampak dia dengan mamat Mat Salleh mana tah. Siap berpeluk-peluk sakan lagi." Kata Zainal takut-takut. Mungkin mahu menjaga hatiku saat ini.
Tersirap darah aku mendengarnya. Benarkah apa yang aku dengar ini? Atau hanya pelanduk dua serupa?
" Ahhh mengarutlah. Isteri aku tak kan buat kerja macam tu." Kata aku yakin sekali.
Prinsipku tidak akan percaya selagi aku tidak melihatnya dengan mataku sendiri. Lagipun aku percaya dengan cinta kami. Kasih sayang yang dicurahkan tidak berbelah bahagi dan tiada alasan untuk isteriku curang padaku. Aku yakin sekai.
" Nina..tengoklah apa yang abang belikan." Kataku sambil mencium pipi isteriku. Hati lelaki aku mula bergelora. Aku sudah lama rindukan belaian manja daripada isteriku.
" Ni apasal gatal semacam ni?" Marah Nina tanpa sedikit pun berpaling memandangku.
Aku berasa jauh hati. Tersingkir dalam hidup isteriku. Nyata isteriku sudah banyak perubahan. Perubahan mendadak yang tidak pernah ku jangkakan.
Namun aku cuba tersenyum. Memujuk hatiku yang lara. Mungkin rajuk isteriku masih belum hilang. Tetapi aku percaya wajah muncung isteriku aku akan kembali tersenyum apabila disuakan sesuatu yang cukup diidamkannya selama ini.
Segera aku keluarkan bekas cincin yang sememangnya ada di dalam kocek seluarku lalu aku suakan kepada isteriku. Nina terus mencapainya. Wajahnya selamba sahaja.
" Suka tak?" Tanyaku sambil memerhatikan reaksinya.
Nina hanya mendiamkan diri sambil membelek cincin yang kini sudah berada di jari manisnya. Kemudian dia menjuihkan mulut. Lalu meletakkan kembali cincin itu di dalam bekas tersebut.
" Ala ini design lama. Nina dah beli pun." Ujar Nina sambil menunjukkan cincin yang sama design dengan cincin yang aku belikan untuknya.
Aku hanya mampu menahan perasaan. Sangkaku, kami sudah mengecapi kebahagian yang sebenar. Ternyata aku makin keliru dalam menafsir setiap perubahan sikap isteriku itu.
" Habis tu abang nak buat apa dengan cincin ni?" Tanyaku seperti orang bodoh. Kejutan demi kejutan dalam hidupku ini membuatkan aku tidak mampu lagi untuk berfikir secara waras. Hatiku terus digigit dengan pertanyaan, siapakah yang menghadiahkan cincin buat isteriku ini kerana aku tahu isteriku tidak mampu untuk membelinya sendiri. Namun aku hanya membiarkan pertanyaanku itu bermain di mindaku sahaja. Tidak disuakan.
" Abang juallah. Lagipun Nina tahu abang bukannya ada duit sangat nak belikan cincin semahal ini." Kata Nina angkuh sekali.
Duniaku seakan terbalik saat ini. Segala mahligai khayalanku musnah tatkala telingaku menangkap bait-bait kata dari isteri kesayanganku ini. Hatiku lumat digilis perasaan sedih tidak terperi. Adakah ini kenyataan yang terhampar?
" Abang…. Tolonglah…. Nina tak bersalah." Nina merayu dan terus menangis.
Aku terkaku bagaikan orang yang sudah hilang arah. Sukar untuk mempercayai kenyataan yang melanda hidupku.
Kalau diikutkan hati mahu sahaja aku menjerit tentang ketidakadilan yang berlaku dalam hidupku ini. Namun begitu, aku tahu aku harus kuat.
" Nina diperangkap. Nina tak tahu beg yang Joshua hadiahkan itu ada dadah. Sumpah Nina tak tahu. Tolonglah abang."
Mataku tepat memandang pada wajah sendu isteriku itu. Hatiku pedih merintih. Terasa diri ini dikhianati. Tidak berbaloi rasanya pada pengorbanan yang telah aku buat selama ini. Nina tidak pernah tahu menghargainya.
Aku alihkan pandangan pada pengawai penjara yang setia menanti. Mungkin dia juga sepertiku sedang menimbangkan keputusan sama ada untuk mempercayai setiap kata-kata isteriku atau tidak.
Bayangan duka itu kembali menerpa di ingatanku. Betapa luluhnya perasaanku saat polis memberitahu Nina ditahan kerana didapati membawa dadah dan jika disabitkan kesalahan isteri kesayanganku ini akan dihukum gantung. Dadaku bagaikan mahu pecah mendengarkan kata-kata keramat dari pihak polis itu. Hinggakan saat ini masih lagi tergiang-giang suara itu di telingaku.
" Siapa Joshua itu?" Tanyaku masih mahu tahu kebenaran sebenar. Selama ini aku sering mendengar cerita-cerita dari kawan pejabatku tentang gerak-geri Nina yang seolah-olah sedang menduakan diriku.
Nina hanya membisu. Nyata isteriku ini masih tidak berani membentangkan kenyataan yang sebenar.
" Nina…tolonglah cerita pada abang. Abang nak tahu." Kataku tegas sekali.
Nina mengeluh. Nyata keluhannya itu lemah sekali.
" Dia teman lelaki Nina. Percayalah abang, Nina bersama dengannya hanya kerana mahu dapatkan kemewahan tetapi hanya abang yang Nina sayang. Tak sangka dia sanggup perangkap Nina begini."
Adakah Nina sudah hilang pertimbangan hanya kerana mengejarkan kemewahan duniawi. Aku mula rasa jijik pada isteri yang selama ini aku agungkan.
Aku mengeluh lagi. Ah itu sahaja yang mampu aku lakukan. Mengeluh dan mengeluh lagi. Tidak ada lain. Sedangkan apa yang terkepung di dada ini terlalu payah untuk aku singkirkan dalam kehidupanku. Bagaimana mahu aku lupakan kenangan kasih yang berlambak dengan isteriku ini?
Aku tatap lama wajah Nina. Mungkin kali ini adalah kali terakhir aku melihat wajah ini. Hatiku dihujani sebak dan hiba. Mampukah aku menghadapi kisah pahit ini setelah kehilangan isteri kesayangan kelak?
Aku menghela nafas dalam-dalam. Walau payah aku terpaksa hadapinya. Aku redha walaupun hatiku terluka.
" Abang akan sediakan peguam yang terbaik untuk Nina. Insyaalah kalau Nina tidak bersalah Allah akan tolong tunjukkan kebenaran itu."
Wajah Nina berubah ceria. Aku tahu hanya itu yang Nina harapkan daripadaku. Dan dia tahu hanya aku yang dapat membantunya saat susah begini. Kekasihnya Joshua sudah hilang entah ke mana.
Tanpa segan silu Nina memegang kedua telapak tanganku. Lalu diciumnya lama. Aku jadi meluat dengan tindakannya itu. Betapa hinanya wanita itu dihadapanku kini.
Dengan perlahan aku menarik tanganku yang masih digenggamannya. Aku harap Nina faham dengan tindakanku ini. Aku mahu membuat keputusan yang terbaik untuk diriku.
Aku lihat mata Nina sudah bergenang dengan tindakanku itu. Tindakan yang langsung tidak dijangkakan itu.
Aku bangun meninggalkan Nina yang masih keliru. Selamat tinggal isteriku. Selamat tinggal cinta. Aku terus melangkah. Tidak sesekali aku akan membiarkan hatiku memandang ke belakang lagi.

1 comment:

N.M fAdHiL aSrYaRi said...

dubuk add link aku kat blog ko...aku dah wat link ko dah...